Forum Mahir Musim Ketiga
16 Januari 2026 | Aktiviti Terkini
Pada minggu kedua January 2026 telah berlangsung secara atas talian Forum Taklimat Mahir bersama – sama peserta Mahir Musim Ketiga. Objektif forum ini adalah untuk para peserta beramah mesra dengan cikgu – cikgu Mahir. Sesi selama 1 jam setengah ini diisi dengan pengenalan mahir, ringkasan program dari Musim 1 dan Musim 2, pengenalan cikgu – cikgu mahir dan berakhir dengan cabutan bertuah.
Program ini berlangsung selama tiga hari kerana para peserta diberi pilihan untuk memilih sesi forum yang bersesuaian dengan masa lapang mereka. Selepas forum tamat, para peserta memilih sesi yang ditawarkan oleh pihak mahir mengikut masa dan tarikh yang sesuai dengan masa peserta. Hari Jumaat menjadi pilihan peserta kerana Jumaat merupakan hari yang lapang bagi suri rumah dan hari cuti bagi peserta yang bekerja. Perkhidmatan pintar ini menjadi rebutan warga komuniti setempat kerana mereka dapat menambah pendapatan dan juga belajar ilmu baru melalui program – program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: